Festival 11.11 - 19 unit terhad Ranger Splash habis ditempah!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan kesemua 19 unit Ford Ranger Splash telah pun habis ditempah awal sebelum bermulanya Festival Membeli Belah 11.11 Lazada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, "Kejayaan pantas hasil kolaborasi dengan Lazada ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap e-dagang, selain membuktikan permintaan dan keyakinan para pengguna terhadap Ford Ranger 'Built Ford Tough' kami. 

Syed Ahmad Muzri turut membayangkan beberapa program yang lebih unik dan menarik bakal menanti para pelanggan Ford sedikit masa lagi. 

Terdahulu, Ford dengan kerjasama Lazada melancarkan edisi terhad Ford Ranger Splash yang perlu ditempah terlebih dahulu menerusi fungsi 'Chup Dulu" di aplikasi Lazada. 

Ia hanya sah ditempah bermula 28 Oktober sehingga 10 November sebelum Festival Membeli Belah 11.11 Lazada. 
 


Ford Ranger Splash hadir dengan beberapa ciri unik dan sporty seperti bar kangaroo, gril hadapan khas, perumah cermin sisi, bumper belakang, sports bar, rim aloi dan dapra lebar. 

Untuk kemudahan para pembeli, Ford Ranger Splash turut dilengkapkan dengan sistem bayaran tol elektronik dan juga kamera pemantau keliling 360 darjah. 

Ford Ranger Splash masih kekal dengan unit enjin diesel 2.0 liter turbo tunggal menghasilkan 180 PS dan 420 Nm dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan. 

Edisi terhad Ranger Splash ini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana terdahulu), serta servis penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000 km yang mana terdahulu.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan dalam 19 unit sahaja, kesemua Ford Ranger Splash didatangkan dalam layangan warna hitam…