Ferrari World Abu Dhabi diiktiraf taman tema terbaik dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Taman Tema Ferrari yang terbesar di dunia bukanlah terletak di ibu negara tanah tumpahnya minyak hitam kuda Maranello, akan tetapi anda boleh melawat taman tema tersebut yang terletak di Abu Dhabi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ferrari World Abu Dhabi sebagaimana yang kita tahu merupakan taman tema Ferrari yang terbesar di dunia, menampilkan rekaan struktur space frame yang terbesar di dunia, dan terdapat roller coaster yang terpantas di dunia - Formula Rossa. 

Tahun ini, untuk kali yang keempat berturut-turut, Ferrari World Abu Dhabi telah berjaya diiktiraf sebagai taman tema terbaik di dunia untuk tahun 2019. 

 


Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di acara tahunan World Travel Awards yang bertempat di Royal Opera House, Muscat. 

Menurut Pengurus Besar Ferrari World Abu Dhabi, Bianca Sammut berkata, "kami berasa amat berbangga kerana berjaya menjadi taman tema terbaik di Timur Tengah selama empat tahun berturut-turut!"

Ferrari World Abu Dhabi memulakan pembinaan pada penghujung tahun 2007 dan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum dibuka kepada umum pada 4 November 2010.
 


Dengan keluasan kira-kira 86 ribu meter persegi, Ferrari World Abu Dhabi telah banyak menerima anugerah berprestij seperti "Middle East's Leading Tourist Attraction (2007 & 2008), Trip Advisor Certificate of Excellence (2017) serta Middle East's Best Theme Park oleh Middle East and North Africa Leisure and Attraction Council MENALAC (2018).