Ferrari tidak akan bikin supercar khusus untuk wanita. Noktah!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan, Ferrari nampaknya menegaskan bahawa ia adalah satu kesilapan besar untuk membangunkan sebuah model supercar khusus untuk wanita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Enrico Galliera, Ketua Unit Pemasaran dan Komersil Ferrari NV berkata, "kami tahu pelanggan wanita kami yang mahu memandu sebuah Ferrari, namun apa yang kami pasti, mereka sendiri tidak mahukan sebuah jentera Ferrari bersifat kewanitaan.

"Seorang pemandu wanita yang mahu memandu kereta sports akan tetap mahukan pemanduan sebuah kereta sports. 

"Jadi, kami mahu menghasilkan sebuah produk yang mampu memberikan emosi, dan dalam masa yang sama ia mampu memenuhi keperluan pemandu lelaki dan wanita," ujarnya lagi. 

Ferrari juga turut bimbang jika mereka mengambil langkah tersebut, ia akan memberikan kesan kepada imej Ferrari itu sendiri, yang selama ini terkenal dengan imej yang pantas, gagah dan perkasa. 

"Jika kami hasilkan sebuah kereta sports feminin, pelanggan lelaki kami tidak akan membelinya, malah pelanggan wanita kami juga mungkin tidak mahukannya kerana menyangka ia merupakan satu bentuk diskriminasi. 

Mungkin anda akan menyangka Ferrari tidak menikmati kelebihan mempunyai pelanggan wanita, akan tetapi berdasarkan data angka jualan di seluruh dunia, terdapat peningkatan pemilikan di kalangan para pemandu wanita walaupun Ferrari tidak mendedahkan secara spesifik model apakah yang menjadi pilihan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…