Ferrari tidak akan bikin supercar EV, tetapi...

oleh Mohamad Hanif|
Ketika diperkenalkan kepada umum, Ferrari SF90 Stradale merupakan supercar plug-in hybrid pertama yang hadir dari jenama Kuda Itali dan ia merupakan titik perubahan terhadap hala tuju dan masa hadapan produk-produk pantas mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga menandakan persediaan Ferrari sebelum beralih arah kepada trenkuasa elektrik sepenuhnya untuk diabadikan pada supercar bagi memberikan saingan kepada pesaing-pesaing lain yang kian meningkat naik.

Namun, adakah Ferrari benar-benar bersedia untuk memasuki arena supercar berkuasa elektrik sepenuhnya?

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Autocar UK, ketua pegawai unit pemasaran dan komesil Ferrari Enrico Galliera berkata, tiada sebarang perancangan dibuat terhadap supercar elektrik sekurang-kurangnya dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

 


Kata kunci yang dipegang oleh Ferrari adalah teknologi, dan Ferrari tidak akan sekali-kali menghasilkan sebuah EV tanpa kehadiran teknologi baharu yang bakal mengubah dunia.

Tambah beliau, teknologi bateri yang ada pada masa ini masih tidak mampu memenuhi keperluan yang diminta oleh supercar, dan juga Ferrari secara khususnya.

"Dengan teknologi yang dibangunkan sudah sempurna, ia akan membenarkan kami untuk menghasilkan supercar sesuai dengan kedudukan kami, dan 100 peratus DNA Ferrari!"

 


Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…