Ferrari Stallone - konsep hypercar yang mampu mendefinisikan semula sebuah Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Anda masih kagum dengan Ferrari SF90 Stradale yang diperkenalkan secara rasmi pada tahun lalu?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ok, simpan dahulu perasaan kagum tersebut kerana unit yang bakal kami tampilkan dalam artikel ini sememangnya mampu mendefinisikan semula jentera Ferrari. 

Seorang pereka, Murray Sharp telah menerbitkan kajian yang digelar sebagai Stallone dan jika dilihat sekali imbas, anda akan tentu menyangka ia adalah sebuah model Ferrari yang sebenar. 


 


Kajian Stallone ini menggandingkan bahasa rekaan dua buah model Ferrari dari era yang berbeza, iaitu kecantikan rekaan luaran 250 GTO (1960-an) dan garisan perlumbaan tanpa kompromi Ferrari F40 (1990-an). 

Hasilnya, sebuah jentera hypercar Ferrari yang sangat anggun, dan garang pada masa yang sama. 

Bermula dari bahagian hadapan, Ferrari Stallone menampilkan rekaan beberapa liang kemasukan udara yang sangat agresif yang digandingkan dengan lampu utama berukir. 
 


Splitter hadapan diperbuat daripada gentian karbon manakala penggunaan kamera pula bagi menggantikan peranan cermin sisi yang direka seakan menyerupai unit yang ada pada Ferrari LaFerrari. 

Jika diperhatikan, rekaan windshield hadapan Ferrari Stallone ini adalah lebih berlengkung berbanding rekaan konvensional, membolehkan pereka mengalihkan posisi tiang A bagi meningkatkan tahap penglihatan keluar kereta. 

Dari bahagian sisi, rekaan berlengkung Ferrari Stallone ini adalah untuk membenarkan aliran udara yang lebih berkesan, terutama bagi menyalurkan udara ke ruang trenkuasa di bahaigan tengah. 
 


Beralih ke ruang belakang, bahagian tersebut dihiasi dengan diffuser yang garang, lampu hujan ala-ala F1, serta lampu belakang semi-bulat yang dihubungkan dengan satu jaluran LED memanjang.

Imej garang Stallone diakhiri dengan sistem ekzos berkembar yang diposisikan di bahagian atas - sama seperti Porsche 918 Spyder. 
 


Terdahulu, Ferrari sebelum ini mengumumkan pengenalan hypercar generasi baharu yang akan menggantikan peranan LaFerrari, serta memfokuskan kepada aerodinamik, lebih ringan dan lebih mudah untuk dikawal. 

Model hypercar serba baharu ini bakal muncul seawal tahun 2023. 

Sumber: Murray Sharp
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya, memandu sebuah Ferrari SF90 Stradale di dalam litar!           View this…
Berita Global
Gambar acah rasmi yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan rekaan sebenar SUV pertama…
Berita Global
Namun bagi para pemilik yang masih tidak berpuas hati, usah risau kerana penala terkenal dari…