Ferrari SP51 - model binaan eksklusif guna asas 812 GTS

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model-model jalanan yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis pilihan mengikut citarasa pemilik, Ferrari juga turut menawarkan pakej binaan sekali seumur hidup (one-off) dengan pendekatan yang lebih berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menyertai keluarga supercar one-off Ferrari adalah model terbaharu yang dinamakan sebagai Ferrari SP51 yang menggunakan asas daripada model 812 GTS.
 

SP51


Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa yang wujud pada model ini, jadi adalah selamat untuk kita andaikan ia mengekalkan nadi V12 6.5 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 789 hp/718 Nm, dan kelajuan tertinggi 340 km/j.

Sebagai sebuah model one-off, SP51 ini membawakan ciri seperti unit lampu utama dan belakang yang berbeza, rekaan jeriji hadapan yang lebih besar, serta elemen bilah tajam pada bahagian sisi yang diperbuat daripada gentian karbon.
 

Sp51


Selain itu, elemen yang paling menonjol adalah 'sayap' gentian karbon yang menghubungkan dua flying butresses yang terletak di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang.

Menurut Ferrari, ia merupakan satu elemen rujukan kepada rekaan targa yang digunakan pada model tahun 1960-an, selain bertindak sebagai pengukuh casis dan keselamatan sewaktu kemalangan.
 

SP51


Keseluruhan warna luaran Ferrari SP51 ini menggunakan warna kustom eksklusif Rosso Passionale sebelum dihiasi dengan liveri putih dan biru yang diinspirasikan daripada model Ferrari 410 S 1955.

Ruang kabin juga membawakan layangan warna yang sama yang boleh dilihat pada bahagian papan pemuka, dinding firewall belakang dan terowong tengah.

Ferrari SP51 ini direka secara eksklusif untuk seorang pelanggan setia jenama itu yang kini menetap di Taiwan.