Ferrari SP48 Unica - model one-off terbaharu tanpa tingkap belakang

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari telah melancarkan sebuah lagi model baharu di bawah siri One-Off yang dihasilkan khusus untuk salah seorang pelanggan yang enggan dikenali, digelar sebagai Ferrari SP48 Unica.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model berlinetta dua tempat duduk SP48 Unica ini dibangunkan menggunakan platform F8 Tributo, dengan beberapa elemen rekaan yang dipinjamkan daripada model Roma, 488 dan juga 458.
 

Unica


Reka bentuk belakang Ferrari SP48 Unica ini juga sangat unik, di mana ia tidak menampilkan sebarang bukaan tingkap, manakala unit lampu berbentuk bulat telah digantikan dengan bar LED yang lebih nipis - sama seperti model Roma.

Di bahagian sisi, SP48 Unica ini dipasangkan dengan rim rekaan baharu, diikuti dengan liang kemasukan udara yang diposisikan sedikit rendah, dan kemasan hitam pada bahagian skirt sisi.
 

Unica


Tiada sebarang gambar ruang kabin dibekalkan, namun menurut Ferrari ia masih lagi mengekalkan susun atur daripada model F8 Tributo, diikuti dengan tempat duduk balutan Alcantara bermotifkan heksagon yang turut sama boleh didapati pada gril depan dan bumbung.

Ferrari tidak mendedahkan sebarang info berhubung trenkuasa yang digunakan pada model SP48 Unica ini, berkemungkinan besar ia masih lagi mengekalkan nadi standard F8 Tributo bentangan V8 3.9 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 710 hp.