Ferrari SF90 Stradale talaan Novitec - 1,033 hp, 858 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Atas kertas, Ferrari SF90 Stradale secara standard berupaya menghasilkan 986 kuasa kuda dan 800 Nm, hasil 'kerjasama' antara enjin V8 dan tiga motor elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun bagi para pemilik yang masih tidak berpuas hati, usah risau kerana penala terkenal dari Jerman, Novitec mempunyai perencah yang tersendiri bagi memenuhi keperluan nafsu kelajuan anda.

 


Apa yang pasti, daripada kuasa standard, Novitec berupaya menaikkan kuasa tersebut menyamai 1,088 ekor kuda dan daya kilas meningkat kepada 858 Nm, selain melakukan modifikasi terhadap sistem ekzos dan juga pemangkin logam.

Dari segi  penampilan, Novitec dikatakan sedang membangunkan penambahbaikan kepada sistem aerodinamik dan bakal ditawarkan pada masa akan datang.

 


Buat masa ini, Novitec hanya menawarkan naik taraf paras rupa seperti rim bersaiz 20 atau 21 inci serta spring yang lebih sporti, serta kemasan upholsteri yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.

Seperti biasa, harga untuk pakej naiktaraf Novitec ini tidak didedahkan, namun mereka yang berminat boleh berhubung secara terus untuk dengan penala ini untuk mendapatkan pakej yang diidamkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, angka tersebut nampaknya tidak mencukupi bagi mereka-mereka yang duduk di bawah bumbung…
Berita Global
Akan tetapi, bagaimana mereka yang jenis tidak berpuas hati dengan apa yang ada? Novitec baru-baru…