Ferrari SF90 Stradale hibrid kini di Malaysia - RM1.9 juta

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari untuk Malaysia akhirnya melepaskan tirai model berlinetta dua pintu supercar hibrid, SF90 Stradale.
Modenas

Sebagai sebuah hibrid, ia dilengkapkan dengan tiga motor elektrik MGUK (Motor Generator Unit Kinetic) yang diambil dari teknologi Formula 1, dan menghasilkan 220 PS. Dua motor elektrik itu diletakkan di hadapan dan sebuah di belakang.

Enjin 4.0L V8 twin-supercharged pula memberikan tambahan tenaga 780 PS dan kedua-dua punca kuasa itu menjadikan Ferrari SF90 Stradale hibrid sebuah jentera yang mampu menghamburkan gabungan tenaga maksimum sehingga 1,000 PS dan 800 Nm melalui transmisi 8-kelajuan dual-clutch automatik.

 


Nama SF90 bermaksud sambutan ulangtahun pasukan lumba Scuderia Ferrari yang ke-90 dan Stradale pula bermaksud khusus untuk jalanraya, bag membezakan kereta ini dari jentera lumba Formula 1 yang turut dinamakan SF90.

Enjin 4.0L itu sebenarnya adalah dari enjin 488 Pista dan F8 Tributo yang dipertingkatkan. Ia juga adalah enjin V8 Ferrari yang paling berkuasa.

Bateri lithium ion untuk SF90 Stradale ini cuma bersaiz 7.9 kWh, hanya cukup untuk jarak sejauh 26 km jika mahu menggunakan elektrik sepenuhnya.

 


Itu sudah cukup sebenarnya untuk memandu keluar Ferrari ini dari garaj dengan senyap tanpa mengejutkan isteri dari tidur agar anda dapat melepak di mamak sehingga jam 2 pagi tanpa disedari beliau.

Seperti biasa, Ferrari ini akan datang dengan mod pemanduan yang dikawal melalui butang Manetinno pada sterengnya, cuma kali ini ia mempunyai mod eDrive yang khusus untuk pemanduan elektrik sahaja.

Mod hibrid akan menggunakan tenaga dari bateri dan enjin secara paling efisien sementara mod Performance memastikan enjin boleh mengecas bateri dan Qualify pula khusus untuk prestasi.

 


Ferrari AWD ini mempunyai prestasi yang mampu membuatkan kita mengigau:

0-100 kmsj: 2.5 saat
0-200 kmsj: 6.7 saat
Halaju maksimum: 340 kmsj
Berat kering: 1,570 kg

Seperti biasa, Ferrari ini memerlukan servis setiap 20,000 km atau setahun sekali tetapi jangan risau kerana SF90 Stradale mempunyai pakej servis percuma selama tujuh tahun.

Harga untuk SF90 Stradale bermula dari RM1,908,000 sebelum duti eksais, cukai jualan, cukai jalan, insuran dan lain-lain kelengkapan tambahan.

 


SF90 Stradale ini boleh dilihat di pusat pameran Naza Italia di Petaling Jaya dan spesifikasi penuh Ferrari SF90 Stradale boleh dirujuk pada artikel di bawah:

Ferrari SF90 Stradale - Supercar PHEV 1,000 PS!

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana untuk tempoh setengah tahun pertama 2020, Ferrari hanya mampu menjual 4,127 unit…
Berita Global
Ok, simpan dahulu perasaan kagum tersebut kerana unit yang bakal kami tampilkan dalam artikel ini…
Informasi
Memang tidak dapat dinafikan lagi, supercar baharu Ferrari SF90 Stradale merupakan sebuah jentera…