Ferrari Purosangue 2022 mungkin hadir dengan nadi V12, hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Pencabar baharu kepada segmen SUV berprestasi tinggi seperti Aston Martin DBX, Bentley Bentayga, Lamborghini Urus dan Rolls-Royce Cullinan dikatakan bakal hadir pada tahun 2022 dengan arah tuju baharu yang mampu mendefinisikan semula Ferrari pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang dibuat oleh Autocar UK menerusi temubual bersama ketua pegawai teknikal Ferrari, Michael Leiters berkata, SUV Ferrari serba baharu ini menjanjikan prestasi yang tidak tertanding dan mampu mengatasi model-model yang disebutkan diatas. 

Dibangunkan menggunakan platform generasi baharu dengan konfigurasi enjin hadapan tengah (front-mid-engine) yang berskala, pelantar ini mampu memuatkan variasi enjin termasuklah V6, V8 dan juga V12, selain mampu menempatkan sistem hibrid.

Platform ini juga boleh digunapakai untuk model-model Ferrari akan datang yang hadir dengan sistem pacuan roda belakang atau pacuan semua roda, manakala dimensinya pula boleh diubah bagi memuatkan dua, 2+2, atau empat tempat duduk bergantung kepada reka bentuk badan yang ditetapkan. 
 

nadi V12? Mmmmm~

Berbalik semula kepada SUV Purosangue ini, AutoCar membuat kesimpulan bahawa Purosangue ini akan hadir dengan konfigurasi empat tempat duduk, serta sistem trenkuasa hibrid yang sama seperti digunakan pada SF90 Stradale.

Sistem hibrid ini terdiri daripada tiga motor elektrik di mana dua daripadanya ditempatkan di gandar hadapan manakala sebuah lagi pada gandar belakang. 

Untuk varian tertinggi, berkemungkinan besar nadi V12 akan ditempatkan di dalam ruang enjin.

Menurut Leiters lagi, cabaran dalam menghasilkan SUV pertama ini adalah berbeza berbanding supercar sedia ada, di mana pihaknya perlu belajar membuat inovasi daripada teknologi sedia ada. 

"SF90 Stradale adalah produk baharu, jadi pelbagai inovasi baharu (yang sesuai) yang ada pada kereta tersebut boleh dipindahkan tanpa sebarang masalah, namun untuk SUV (Purosangue) ini akan menampilkan inovasi tersendiri.

 

Ferrari SF90 Stradale

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…