Ferrari meraih anugerah Red Dot:Best of the Best

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Red Dot:Best of the Best ialah anugerah teristimewa untuk rekabentuk produk yang terulung atau yang tidak mempunyai bandingan. 

 

 

 

Dan untuk tiga tahun berturut-turut, Ferrari telah menjadi penerima anugerah tersebut. 

 

RD

 

Model Ferrari yang beruntung untuk menjadi penerima teristimewa ini ialah J50, iaitu model unik dibuat khas untuk negara Jepun sempena menyambut ulangtahun 50 tahun sejak Ferrari mula bertapak disana. 

 

J50-1

J50-2

J50 ialah model Ferrari dengan rekabentuk unik yang dibina atas badan Ferrari 488 Spider, menggunakan enjin 3.9 liter turbo V8 dengan tambahan 20 bhp dari enjin biasa.

 

RDFerrari

 

Ia telah direka oleh pasukan pereka Ferrari Design dibawah naungan Flavio Manzoni dan dikeluarkan secara terhad, sebanyak 10 unit sahaja mengikut tradisi “fuori serie” Ferrari.

 

Juri antarabangsa yang merangkumi pereka-pereka pakar juga memberi anugerah cemerlang kepada model-model Ferrari lain seperti GTC4Lusso, LaFerrari Aperta dan 458 MM Speciale untuk kualiti rekabentuk masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…