Ferrari masih 'pelihara' enjin V12 NA

oleh Firdaus Razani|
Ferrari 12Cilindri yang telah dipamerkan baru-baru ini merupakan GT baharu Ferrari yang menggunakan evolusi enjin V12 6.5 liter yang terdapat pada 812 Superfast.

Ferrari telah melabur banyak untuk menjadikan enjin V12 mereka mematuhi peraturan pelepasan baharu tanpa memerlukan pengecasan turbo dan kekal komited untuk memastikan enjin terbesarnya kekal hingga pada masa hadapan.

 

ferrari
Ferrari 12 cilindri

 

Menurut Ferrari, ia menjadikan enjin itu mematuhi perundangan pelepasan Euro6e yang akan datang dan menjadi perkara penting dan mahal dalam proses pembangunan kereta baharu.

Ketua pegawai komersial Enrico Galliera berkata "Adalah mungkin untuk terus menjual kereta itu di seluruh dunia buat masa ini dan kemudian kita akan melihat apa yang berlaku pada masa depan,"

"Kerja-kerja yang telah dilakukan pada enjin ini untuk kekal berprestasi dan mematuhi peraturan adalah sangat menakjubkan, yang mungkin merupakan salah satu sebab mengapa tidak banyak pengeluar yang terus melabur dalam enjin V12." tambahnya.

 

v12
Barisan model Ferrari yang menggunakan enjin V12 Na (dari kiri , 599 GTB Fiorano, F12 Berlinetta, 812 Superfast)

 

Ketua Pembangunan Produk Gianmaria Fulgenzi menjawab persoalan dari Autocar, jika diberi pilihan untuk membuat keputusan, sama ada untuk hasilkan V12 turbocas atau tiada enjin V12 terus.

Beliau menjawab “Pengecasan turbo V12 tidak ada dalam fikiran saya,"

“V12 ialah enjin yang semula jadi atas pelbagai sebab. Kami menggunakan pengecas turbo apabila kami mengurangkan sesaran enjin dan menghasilkan kuasa yang sama”tambahnya.

Beliau menambah “V12 adalah semula jadi. Ia adalah sesuatu yang mencipta emosi, bunyi dan pecutan daripada RPM rendah kepada RPM maksimum. Itulah produk yang kami ingin sampaikan."

Ferrari kini merupakan satu-satunya pembuat kereta dengan pengeluaran siri V12 naturally aspirated dan bukan hibrid.

Enjin Aston Martin kini turut menampilkan sepasang pengecas turbo, dan Lamborghini kini hanya tersedia sebagai sebahagian daripada pemanduan hibrid.

Manakala Hypercar T50 baharu Gordon Murray menggunakan atmo V12, tetapi ia terhad kepada 100 unit sahaja.

 

t50
Gordon Murray T50 Hypercar

 

Ferrari masih belum memberikan sebarang petunjuk kepada model V12 masa depan selepas 12Cilindri, tetapi kemungkinan enjin yang dinaik taraf itu akan diperkenalkan di Purosangue pada masa akan datang.

 

SUMBER : AutocarUK

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemudahan baharu seluas 42,500 meter persegi, yang dibuka dalam majlis yang dihadiri Presiden Itali…
Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…