Ferrari F8 Tributo sudah tiba - harga dari RM1.068 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, Naza Italia sudah membawa masuk model F8 Tributo yang baharu dilancarkan bulan lalu di Geneva.

Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik dan negara kedua selepas China untuk memperkenalkan model pengganti 488 GTB ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran F8 Tributo di Malaysia ini juga adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-10 untuk Ferrari Singapura, Thailand dan Malaysia.

F8 Tributo ini 43mm lebih panjang, 27mm lebih lebar dan 7mm lebih rendah dari 488 GTB dan dengan berat 1,330kg, ia juga 55 kg lebih ringan dari 488 Pista.

 

 

Dari segi rekabentuk, ia memang menampilkan gaya Ferrari yang baharu. Bukan sahaja nampak lebih agresif, F8 Tributo ini adalah 10 peratus lebih aerodinamik dari model yang digantikannya.

Sistem penyejukan ruang enjin turut diberi perhatian agar ia lebih praktikal untuk cuaca Malaysia. Antaranya ialah kedudukan radiator hadapan yang ditukar agar lebih menghala ke belakang dan juga liang-liang udara yang kini di kiri dan kanan spoiler belakang.

 

 

Enjin kelihatan jelas di sebalik penutup lutsinar Lexan, meneruskan tradisi Ferrari di mana enjin itu sendiri menjadi elemen yang dihargai oleh pemiliknya.

Bahagian belakang paling menarik perhatian penulis, terutama lampu berkembar yang mengingatkan kami kepada model legenda F40. 

Malah, penutup enjin lutsinar itu juga direka agar mempunyai liang udara, seperti F40 juga cuma kali ini ia untuk mengalirkan udara panas keluar dari ruang enjin.

 

 

Dari segi kuasa, ia hampir sama dengan 488 Pista. Mungkin kerana enjin F154 3.9L V8 itu digunakan juga oleh F8 Tributo.

Di bawah ialah antara angka-angka yang bakal membuatkan anda terliur.

  • Kuasa maksimum: 710 hp pada 8,000 rpm
  • Tork maksimum: 770 Nm pada 3,250 rpm
  • 0-100 kmsj: 2.9 saat
  • 0-200 kmsj: 7.8 saat
  • Halaju maksimum: Cuma 340 kmsj

 

 

Ruang dalam F8 Tributo menampikan satu skrin sentuh untuk penumpang. Walaupun bersaiz 7.0-inci, ia masih berguna untuk membuatkan isteri leka sementara si suami sibuk memandu.

Secara keseluruhan, bahagian kabin adalah seperti apa yang kita boleh jangka dari Ferrari dan tidak ada yang baharu.

Harga asas untuk F8 Tributo bermula dari RM1,068,000, tanpa cukai dan juga kos-kos pendaftaran yang lain. 

Jika anda ialah penempah pertama kereta ini, ia akan sampai pada awal tahun 2020. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Pelancaran
Grecale GT merupakan salah satu dari 3 versi Grecale yang ditawarkan oleh Maserati dimana versi GT…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…