Ferrari F8 Tributo dari Novitec - naik taraf kuasa kepada 791 hp/898 Nm, 0-100 dalam 2.6 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mahukan sebuah Ferrari yang sudah tersedia agresif keluar dari kilang, Ferrari F8 Tributo merupakan antara calon yang sesuai untuk anda sambar tanpa perlu pening memikirkan ongkos yang bakal dilaburkan untuk mencantikkan lagi rupa paras supercar itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, bagaimana mereka yang jenis tidak berpuas hati dengan apa yang ada?

Novitec baru-baru ini memperlihatkan hasil kerja mereka ke atas Ferrari F8 Tributo yang ternyata tampil lebih agresif berbanding model standard itu tadi.

 


Sentuhan mereka dimulakan dengan nadi kuasa, di mana Novitec menawarkan beberapa pakej naiktaraf prestasi terhadap enjin asal 3.9 liter V8 yang menghasilkan 710 hp dan 770 Nm.  

Pakej yang paling berkuasa berjaya mengekstrak 791 kuasa kuda dan daya kilas 898 Nm, kenaikan sebanyak 81 hp dan 128 Nm daripada enjin asal, membolehkan pecutan 0-100 km/j berjaya disempurnakan dalam masa 2.6 saat, sementara kelajuan tertinggi mampu mencecah 340 km/j.

 


Selain daripada itu, sistem perpaipan asal boleh dihukum buang daerah bagi menempatkan sistem ekzos Inconel bersalut emas bertujuan untuk menghilangkan tenaga haba dengan lebih baik.

Sistem itu diakhiri dengan dua tip ekzos yang besar menggandingkan dua bahan iaitu karbon dan keluli tahan karat.

Novitec menyifatkan sistem ekzos ini sebagai satu 'pelaburan untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.'

 


Dari segi penampilan, para pelanggan Novitec boleh menempah spoiler hadapan daripada gentian karbon, aksen gentian karbon pada bahagian kemasukan udara dan hud depan.

Aspek aerodinamik ditambah baik dengan pemasangan skirt sisi yang lebih sporti, sayap belakang yang lebih besar, serta diffuser belakang yang serba unik.

Set rim pula menampilkan saiz yang berbeza - 21 inci untuk hadapan dan 22 inci untuk roda belakang - yang turut hadir dengan ciri kekunci pusat palsu.

 


Novitec turut menawarkan spring sport yang mampu merendahkan lagi ketinggian jentera ini sebanyak 35 mm, serta sistem front lift untuk kegunaan pemanduan di kawasan berbonggol.

Tidak banyak perincian didedahkan untuk ruang dalaman, namun menurut Novitec pelanggan boleh menetapkan apa jua spesifikasi yang diinginkan terdiri daripada warna, serta kulit bergred tinggi dan Alcantara - asalkan mereka mempunyai uang yang tidak habis makan tujuh keturunan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Penghentian produksi F8 Tributo itu menandakan tamatnya era coupe Ferrari berenjin tengah yang…
Berita Global
Namun, angka tersebut nampaknya tidak mencukupi bagi mereka-mereka yang duduk di bawah bumbung…
Berita Global
Menurut laporan daripada Motor1, supercar itu disewa oleh seorang individu yang mendakwa tidak…