Ferrari F8 Tributo: 0-100 kmsj dalam masa 2.9 saat; halaju maksima 340 kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
Ferrari, jenama kereta sport nombor satu dunia akhirnya memperlihatkan model pengganti kepada 488 GTB yang sangat popular itu.

F8 Tributo, wakil baharu Ferrari dalam genre Berlinetta dua-tempat duduk menggunakan enjin V8 yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Ferrari untuk siri kereta produksi biasa.

Enjin V8 90-darjah 3,902cc itu menghasilkan 710 hp pada 8,000 rpm dan daya kilas 770 Nm pada 3,250 rpm.

Dengan berat kering 1,330 kg, F8 Tributo ini mempunyai prestasi yang sangat mengagumkan.

  • 0-100 kmsj: 2.9 saat
  • 0-200 kmsj: 7.8 saat
  • Halaju maksima: 340 kmsj

 

 

Berbanding dengan 488 GTB, F8 Tributo bukan sahaja lebih berkuasa dan 40 kg lebih ringan, tetapi mempunyai kadar aerodinamik 10 peratus lebih baik.

Ia juga hadir dengan fungsi Side Slip Angle Control versi 6.1 dan varian Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) yang boleh diaktifkan menggunakan fungsi RACE pada butang Manettino di stereng.

Dari segi rekabentuk, ia menampilkan "design language" Ferrari yang terkini. Bahagian hadapan menampilkan corong S-Duct yang pertama kali digunakan pada model 488 Pista (15 peratus lebih tinggi downforce berbanding dengan 488 GTB).

Lampu hadapan LED juga lebih kompak agar mampu memuatkan liang-liang udara untuk menyejukan sistem brek hadapan.

Lampu belakang jenis LED pula kembali kepada gaya lampu berkembar zaman awal Ferrari berlinetta V8.

 

 

Enjin terletak di belakang kabin (mid-rear engine) untuk pembahagian berat yang optimum. Papan pemuka dan kabin pula menampilkan generasi terbaharu HMI (Human Machine Interface) yang lebih segar dan sporti.

F8 Tributo akan dilancarkan pada Pameran Motor Geneva, 5 Mac nanti.

Untuk info lebih lanjut atau tempahan (normal untuk ditempah walaupun belum dilancarkan), hubungi Ferrari Malaysia.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
Filem berkenaan perlumbaan jalanan, modifikasi kenderaan dan cubaan untuk menakluk dunia tidak lagi…
Model Terbaharu
Jikalau anda masih ingat, Ferrari LaFerrari merupakan supercar pertama keluaran Itali yang…
Sukan Bermotor
Lagenda Formula One, Niki Lauda dilapokan meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan berita…