Ferrari F40 musnah akibat kebakaran di Hakone Turnpike

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari F40 merupakan antara supercar terawal yang berjaya menguasai bilik kita (menerusi poster) di zaman muda dan di dalam dunia realiti, hanya 1,315 unit sahaja yang diproduksikan oleh Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala sebilangan besar daripadanya disimpan di dalam garaj dengan suhu yang terkawal, terdapat sesetengah pemilik yang masih lagi berani memandu jentera penghujung 80-an ini di jalan raya.

Untuk mengawal jentera analog sepenuh masa ini daripada terbabas memang memerlukan skill yang baik, namun apabila malang tidak berbau, lain pula ceritanya.

 


Di negara matahari terbit, seorang pemilik Ferrari F40 hanya mampu melihat jenteranya hangus ditelan api ketika sedang memandu di 'Litar Nurburgring Jepun', Hakone Turnpike baru-baru ini.

Menurut laporan daripada ANNnewsCH Jepun, pemilik dan penumpang menyedari kebakaran yang berlaku pada jentera itu dan sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Punca kebakaran masih lagi belum diketahui, namun ia bukanlah kejadian kebakaran pertama yang melibatkan jentera-jentera klasik Ferrari.

Yang pasti, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa pemiliknya, apatah lagi melihat jentera kesayangan hangus dijilat api.

Sumber gambar utama: Twitter emanuel_E90M3

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…