Ferrari F40 1990 dengan jarak perbatuan 25 ribu km untuk dijual, dari RM10 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari F40 - salah satu 'model poster' yang wajib digantung di dinding setiap peminat kereta suatu ketika dahulu dan melihatkan kepada status semasa, usah bermimpi untuk mendapatkan model ini dengan harga serendah Perodua Axia.

Salah satu daripada model yang diiktiraf sendiri oleh Enzo Ferrari kini sedia untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat (dengan duit poket yang tebal).
 

F40


Ferrari F40 tahun 1990 sebelum ini telah menjalani proses restorasi penuh selama dua tahun dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Seperti yang anda lihat, kondisi luar dan dalaman F40 ini sangat cantik untuk sebuah supercar era 90-an, dan ia juga sebenarnya telah memenangi dua anugerah (Platinum Awards dan Special Merit Award) bersempena dengan perjumpaan kelab Ferrari 2018 di Watkins Glen.
 

F40


Malah, pada tahun 2018, ketua hakim National Meet, Brian Crall menyifatkan unit Ferrari F40 ini merupakan salah satu F40 yang paling tulen pernah dinilai olehnya.

Standard kilang, Ferrari F40 dikuasakan oleh nadi bentangan V8 bersesaran 2,936 cc yang mampu menghasilkan 478 hp dan 577 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.
 

F40


Dengan jarak perbatuan secara keseluruhan mencecah 25,000 km, Ferrari F40 ini membolehkan pemilik baharunya menikmati pemanduan sebenar supercar era 90-an ini tanpa perlu takut-takut langkah itu mampu menjatuhkan nilai jualan semula model ini.

Berdasarkan senarai di laman web Mecum, Ferrari F40 ini dianggarkan bernilai $2.35 juta hingga $2.65 juta (bermula RM10.47 juta hingga RM11.81 juta).

Sumber: Mecum

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, Ferrari hanya menawarkan satu warna sahaja untuk kesemua unit F40 yang dihasilkan,…
Berita Global
Tatkala sebilangan besar daripadanya disimpan di dalam garaj dengan suhu yang terkawal, terdapat…
Berita Global
Namun, laporan yang bakal kami bawakan dalam artikel kali ini bakal membuatkan para peminatnya…