Ferrari Daytona SP3 - produksi terhad 599 unit, semua habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari Daytona SP3 merupakan ahli baharu dalam siri Icona Ferrari selepas kehadiran model Monza SP1 dan SP2 yang wujud pada tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka sebagai memperingati kemenangan bersejarah 1-2-3 di perlumbaan 24 Jam Daytona pada tahun 1967, Ferrari Daytona SP3 membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada model-model klasik seperti P3/4, P330 dan 412P.

Aspek yang paling menonjol adalah rekaan hidung yang rendah serta fender yang membonjol, splitter dan bumperettes yang merujuk kepada model 330 P4 (1967), rekaan pintu rama-rama dengan kotak udara terintegrasi (model 512 S tahun 1969-1970), serta unit lampu depan LED dengan mekanisme pop-up!
 

SP3


Disebabkan rekaan kemasukan udara yang wujud pada bahagian pintu, ia menjadikan rekaan keseluruhan fender belakang lebih bersih dan seksi, sementara unit lampu LED belakang pula disusun kemas bersama-sama bilah-bilah yang melindungi bahagian belakang.

Mengakhiri rekaan bahagian tersebut adalah diffuser gentian karbon dan tip ekzos trapezoid yang mampu menghasilkan runut bunyi V12 yang lebih mengasyikkan.

Ferrari Daytona SP3 berkongsi platform dengan La Ferrari, namun trenkuasa hibrid La Ferrari tidak digunakan pada model ini.
 

SP3


Sebaliknya, ia menggunakan enjin V12 6.5 liter aspirasi natural (kod nama F140HC) yang mampu menghasilkan 829 hp @ 9,250 rpm dan daya kilas 697 Nm @ 7,250 rpm dengan had putaran enjin 9,500 rpm, menjadikannya model ICE Ferrari yang paling berkuasa.

Kuasa tersebut disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, dibantu dengan unit LSD.

Pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam tempoh 2.85 saat, sementara 0-200 km/j pula sekitar 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi melebihi 340 km/j.

Aspek pemanduan ditambahbaik dengan bantuan elektronik termasuklah versi terkini Ferrari SSC 6.1 (Side Slip Angle Control), serta Ferrari Dynamic Enhancer.
 

Sp3


Menurut Ferrari, Daytona SP3 mempunyai tahap kecekapan aero pasif yang paling tinggi berbanding model-model Ferrari sedia ada, terima kasih kepada penyelesaian berinovasi untuk pengurusan haba dari komponen mekanikal, sistem penyejukan serta sistem aero yang tersembunyi di bahagian bawah badan yang mampu memaksimumkan aliran udara dan meningkatkan daya turun jentera ini.

Ruang kabin pula sememangnya diinspirasikan daripada jentera lumba era 60-an, di mana pemandu duduk secara terus di atas casis dan dilapik oleh kusyen.

Posisi pemandu dikatakan jauh lebih rendah dan lebih condong jika dibandingkan dengan model Ferrari yang lain.
 

Sp3


Pada papan pemuka yang serba minimalis itu, Ferrari membawakan skrin melengkung bersaiz 16 inci, roda stereng yang menyamai model La Ferrari dan menempatkan 80 peratus daripada fungsi kenderaan termasuk dial manettino.

Sebagai sebuah model Icona, Ferrari Daytona SP3 hanya diproduksikan dalam unit terhad berjumlah 599 unit sahaja, dengan kos €2 juta (RM9.45 juta) setiap satu.

Malang sekali, kesemua 499 orang pemilik Monza telah pun membuat keputusan untuk memiliki model SP3 ini, manakala 100 unit lagi telah pun terjual kepada sebilangan pengumpul model Ferrari terpilih.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…