Ferrari Daytona SP3 dinobatkan supercar paling cantik tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Para juri sebulat suara telah memilih Ferrari Daytona SP3 sebagai pemenang hadiah utama Most Beautiful Supercar 2022 bersempena acara Paris Festival Automobile International yang ke-37, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tahunan berprestij itu diadakan untuk memberi penghormatan kepada kereta-kereta sports yang dipilih oleh personaliti berpengaruh berdasarkan rekaan dan kecantikan estetiknya.

Dalam acara yang sama, Ketua Pegawai Rekaan Ferrari Flavio Manzoni turut dianugerahkan Grand Prize of Design sebagai penghargaan kepada hasil kerjanya yang asli, kreatif dan berpengaruh di dalam sektor automotif.

Ferrari Daytona SP3 merupakan ahli baharu dalam siri Icona Ferrari selepas kehadiran model Monza SP1 dan SP2 yang wujud pada tahun 2018.

Direka sebagai memperingati kemenangan bersejarah 1-2-3 di perlumbaan 24 Jam Daytona pada tahun 1967, Ferrari Daytona SP3 membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada model-model klasik seperti P3/4, P330 dan 412P.

Baca: Ferrari Daytona SP3

Berita Berkenaan

Berita Global
Direka sebagai memperingati kemenangan bersejarah 1-2-3 di perlumbaan 24 Jam Daytona pada tahun…