Ferrari daftar paten enjin V12 yang lebih cekap tenaga

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari baru-baru ini telah mendaftarkan paten baharu berhubung penggunaan enjin bentangan V12 baharu yang dikatakan lebih cekap tenaga dan jimat bahan api berbanding enjin sedia ada.
Modenas

Di dalam pendaftaran paten itu, Ferrari menjelaskan beberapa perkara penting yang merujuk kepada modifikasi kepada sistem pembakaran yang mampu meningkatkan efisiensi enjin. 

Solusi pertama adalah dengan menyuntik sedikit amaun bahan api sebelum palam pencucuh menyala bagi menjadikan campuran udara-bahan api yang lebih panas. 

Ini dikatakan membenarkan sistem pemangkin untuk mendapatkan haba ketika saat enjin dimulakan, sekaligus mengurangkan pelepasan emisi ketika fasa tersebut. 

Solusi kedua pula menyaksikan sebuah pra-ruang (pre-chamber) ditempatkan di atas kebuk pembakaran utama, di mana ia diasingkan oleh sebuah dinding. 

Pra-ruang ini boleh berkomunikasi melalui satu atau lebih port sambungan yang bebas serta mempunyai set palam pencucuh kedua yang mampu menentukan masa nyalaan campuran yang tersedia di dalam pra-ruang, dan mencetuskan tindak balas pembakaran. 
 


Ferrari juga sebenarnya degil dalam mempertahankan warisan enjin V12 yang menjadi identiti mereka, dan ia diperlihatkan menerusi usaha menjadikan enjin 812 GTS yang mampu memenuhi regulasi Euro 6 tanpa mengurangkan kuasa 789 hp sedia ada. 

Menariknya, tiada sebarang tanda-tanda Ferrari akan memasang sistem hibrid atau mengurangkan kapasiti enjin V12 mereka demi memenuhi peraturan emisi seperti mana yang dilakukan oleh pengeluar lain. 

Menurut ketua teknikal Ferrari, Michael Leiters berkata, "kami akan cuba sedaya upaya mengekalkan peranan enjin V12 dalam Ferrari, kerana ia adalah tunjang utama jenama ini. 

"Untuk opsyen hibrid? Tidak sama sekali!"

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran "V12" pada nama model ini memberikan bayangan supercar ini akan dilengkapi dengan nadi…