Ferrari daftar paten enjin empat silinder - tampil teknologi turbo berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari secara senyap-senyap menghantar permohonan paten ke Pejabat Paten Eropah (European Patent Office) bagi membangunkan keluarga enjin empat silinder yang dilengkapi dengan pengecas turbo berkuasa elektrik yang termoden.
Modenas

Menurut paten yang dibongkarkan oleh Autoguide.com, pengecas turbo itu sebenarnya digunakan untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga elektrik yang kemudiannya disalurkan ke motor elektrik yang menggerakkan roda sebagai kuasa ektra. 
 


Bukan sekadar itu, tenaga elektrik yang terhasil juga boleh digunakan pada kompressor berkuasa elektrik yang memaksa udara masuk ke dalam ruang pembakaran enjin bagi meningkatkan lagi kuasa, sama seperti prinsip tradisi pengecas turbo. 

Penggunaan turbo berkuasa elektrik itu bukan sahaja mengurangkan turbo lag sepertimana tipikal enjin berkuasa turbo, bahkan Ferrari mendakwa mampu memperbaiki bunyi ekzos yang terhasil. 

Jika mengikut prinsip hipotesis 'semakin-semakin', menurut kata Ferrari "Semakin pantas kompressor berputar, semakin tinggi frekuensi bunyi not ekzos yang terhasil" yang mana ia boleh ditala kembali supaya memberikan nada yang lebih sedap didengar. 

Tambah Ferrari lagi, walaupun bunyi yang dihasilkan boleh ditala, ia tidak akan mengganggu prestasi kuasa yang terhasil pada apa jua kelajuan. 
 


Dengan pendaftaran paten baharu enjin empat silinder ini, Ferrari dilihat semakin yakin untuk melepasi ujian pelepasan emisi yang semakin ketat tanpa perlu bergantung kepada sistem pacuan kuasa hibrid terkini yang mereka bangunkan. 

Sejarah Ferrari menggunakan enjin empat silinder bukanlah suatu perkara yang asing, memandangkan sebelum ini Ferrari pernah menggunakan konfigurasi tersebut pada enjin perlumbaan yang digunakan di dalam Formula One pada tahun 1950-an yang direka oleh Lampredi.

Tags

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sebagai sebuah hibrid, ia dilengkapkan dengan tiga motor elektrik MGUK (Motor Generator Unit…
Berita Global
Namun, laporan yang bakal kami bawakan dalam artikel kali ini bakal membuatkan para peminatnya…
Berita Global
Ini kerana untuk tempoh setengah tahun pertama 2020, Ferrari hanya mampu menjual 4,127 unit…