Ferrari BR20 - projek one-off guna platform GTC4Lusso

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar supercar terkemuka, Ferrari baru-baru ini memperlihatkan sebuah lagi model dari siri Ferrari One-Off yang dinamakan sebagai Ferrari BR20 yang membawakan rujukan daripada model bersejarah Maranello.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari BR20 menggunakan asas daripada model shooting brake GTC4 Lusso di mana bahagian belakang model tersebut telah dilandaikan menjadi sebuah fastback yang diinspirasikan daripada 410 Superamerica dan 500 Superfast.
 

BR203


Disebabkan perubahan ini juga, dua tempat duduk belakang pada model asal telah pun dibuang.

Namun tidak seperti model penderma, unit lampu BR20 ini tampil lebih kecil dimensinya, bukaan kemasukan udara yang lebih lebar, serta unit lampu DRL yang lebih nipis.
 

BR20


Rekaan belakang jentera ini turut merujuk kepada model-model moden Ferrari, seperti 599 GTB dan diikuti dengan unit lampu belakang berbentuk bulat.

Keempat-empat ruang arka roda telah dipenuhi dengan set rim bersaiz 20 inci yang dihasilkan khusus untuk projek one-off ini.
 

BR20


Ruang kabin BR20 pula menampilkan penggunaan trim kulit gelap yang lebih elegan, diikuti dengan kemasan bahan kulit, kayu dan gentian karbon pada bahagian kargo (di mana tempat duduk baris kedua yang telah dibuang).

Ferrari tidak menyebut nadi kuasa yang didatangkan pada model BR20, besar kemungkinan ia mengekalkan nadi V12 681 hp daripada model GTC4Lusso.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…