Ferrari bina loji sel bahan api 1MW di Maranello

oleh Mohamad Hanif|
Berazam untuk menjadi syarikat neutral karbon pada tahun 2030, Ferrari mengambil satu langkah ke depan dengan membina sebuah loji sel bahan api solid oxide 1MW di fasiliti Maranello, Itali.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kilang yang dibangunkan oleh Bloom Energy itu akan membekalkan kira-kira lima peratus jumlah tenaga yang diperlukan untuk aktiviti pemasangan Ferrari dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi.

Berbanding sistem penjanaan bersama CHP (Combined Heat and Power), keperluan gas akan dikurangkan sekitar 20 peratus dengan penjimatan tenaga yang ketara.
 

ferrari


Selain tahap kecekapan yang tinggi, teknologi inovatif ini menawarkan fleksibiliti dalam pemilihan sumber tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan kilang sama ada hidrogen, gas asli, bio-metana atau kombinasi yang menukarkan bahan api menjadi tenaga elektrik tanpa memerlukan pembakaran.

Malah, ia juga mampu mengurangkan lebih daripada 99 peratus pencemaran yang disebabkan oleh pembentukan asap dan zarah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, SUV baharu yang membawakan plet nama Century itu kini sedang dipasang di kilang…
Berita Global
Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,…
Berita Global
Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur…