Ferrari bakal hasilkan model one-off F40 moden?

oleh Mohamad Hanif|
Nama dan kelibat Ferrari F40 sememangnya sebuah jentera lagenda yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama bagi para peminat, motorhead, gearhead, petrolhead dan bermacam-macam kepala lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, laporan yang bakal kami bawakan dalam artikel kali ini bakal membuatkan para peminatnya geram, ini kerana Ferrari dikatakan bakal 'membangkitkan' semula model ini dalam bentuk yang lebih moden.

 


Dipetik daripada The Supercar Blog, sebuah model one-off bakal dihasilkan oleh Ferrari dan bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.

Laman The Supercar Blog memetik sumber 'yang dipercayai' yang menyebut sebuah jentera baharu bakal membawakan inspirasi daripada F40 dengan kod nama SP42.

 


Dari segi kuasa pula, model baharu ini dikatakan bakal membawakan enjin bentangan V8 turbo berkembar, berkemungkinan besar nadi 3.9 liter yang diperoleh daripada F8 Tributo.

Ferrari bukanlah tidak pernah menghasilkan model one-off, memandangkan sebelum ini syarikat Prancing Horses itu telah pun hadir dengan beberapa buah model seperti SP38 (asas model 488 GTB), diikuti dengan model SP3JC - sebuah roadster V12 daripada model F12tdf, dan model Ferrari P80/C yang diperkenalkan tahun lalu.

 


Sama ada berita ini benar ataupun tidak, sama-sama kita nantikannya dalam masa beberapa hari akan datang.

Sumber: The Supercar Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…