Ferrari adakan pameran foto, peringati ulang tahun kelahiran ke-120 Enzo

oleh Afandi Che Muhamad|
Sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-120 pengasasnya, Ferrari baru-baru ini mengadakan satu pameran foto bertempat di Modena, Itali.

Harus diketahui, lokasi pameran foto itu diadakan adalah lokasi sama tempat kelahiran Enzo Anselmo Ferrari yang juga merupakan pengasas jenama kereta berpengaruh berkenaan.

Terdapat pelbagai koleksi gambar Enzo dari awal penglibatan beliau hingga lah gambar terakhir diabadikan di dalam ruang pameran yang terletak di dalam kompleks tersebut.

Antara gambar menarik boleh dilihat ialah gambar kenang-kenangan Enzo bersama jaguh lagenda F1 seperti Nuvolari, Castellotti dan Villeneuve.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari, Sergio Marchionne (gambar) berkata, pihaknya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa masa berlalu begitu pantas dan dalam tidak sedar ikon yang dilahirkan pada abad ke-19 itu sudah berusia seabad lebih.

"Beliau (Enzo) boleh disifatkan sebagai seorang lelaki dengan visi, keupayaan dan semangat luar biasa.

"Pencapaian dikecapi membuatkan ramai tertanya-tanya apa rahsia diamalkan beliau bagi membolehkan dia berada pada tahap seperti sekarang. Enzo dan Ferrari, kedua-duanya kebanggaan bagi masyarakat Itali," katanya.

Menyingkap kembali sejarah Enzo, anak kepada pasangan Alfredo dan Adalgisa itu dilahirkan di Modena pada 18 Februari 1898.

Sebagai seorang kanak-kanak ketika itu, keghairahan Enzo terhadap kereta sudah pun terserlah kerana bapanya sendiri (Alfredo) mempunyai bengkel.

Dek kerana terdedah dengan dunia automotif sejak kecil lagi, Enzo membesar menjadi 'taikun' pengilang kereta yang hebat seperti hari ini.

Bukan itu sahaja, Enzo juga dianggap sebagai ikon dan personaliti paling berpengaruh dari Itali awal abad ke-20.
 
Hebat bukan?

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Philipp Plein telah memaparkan beberapa gambar di Instagram beliau yang menunjukan beberapa wanita…
Berita Global
  Tindakan polis itu dilakukan selepas satu laporan rasmi difailkan oleh ibu pejabat syarikat-…
Informasi
Filem berkenaan perlumbaan jalanan, modifikasi kenderaan dan cubaan untuk menakluk dunia tidak lagi…