Ferrari 812 Superfast milik penjaga gol remuk dipandu pekerja pusat cuci kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua orang sesuai mengawal kuasa kuda yang liar dihasilkan oleh sesebuah supercar, apatah lagi ia merupakan sebuah jentera yang mampu menghasilkan 789 kuasa kuda secara standard.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, penjaga gol pasukan Genoa FC tentunya akan mempelajari kesilapan yang beliau lakukan untuk digunakan pada masa akan datang - tidak sekali-kali meninggalkan jentera pantas di tangan pihak ketiga yang tidak berpengalaman.

Nasib malang menimpa Federico Marchetti baru-baru ini apabila Ferrari 812 Superfast milik beliau yang ditinggalkan untuk dicuci remuk teruk dipandu oleh pekerja kedai cuci kereta.

Menurut laporan daripada Daily Mail, Ferrari 812 Superfast tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar lima buah kenderaan yang diparkir ditepi jalan, sebelum menghentam penghadang jalan.

 


Marchetti dalam hantaran di laman Instagram beliau berasa amat lega tiada siapa yang tercedera, selain menambah, "saya dengar banyak perkara buruk terjadi. Biarkan sahaja - saya berharap saya tidak perlu untuk membacanya lagi."

Sebagai peringatan, Ferrari 812 Superfast merupakan sebuah supercar dengan nadi V12 6.5 liter yang mampu menghasilkan 789 kuasa kuda dan 718 Nm, serta padanan transmisi klac berkembar automatik tujuh nisbah kelajuan.

Dalam keadaan yang mengizinkan, jentera ini mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 2.9 saat sahaja, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang diberikan kepada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA)…
Berita Domestik
Sekarang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk melihat atau membeli model-model terbaharu…
Berita Domestik
Roda belakang yang turut boleh digerakkan mengikut kadar pusingan stereng roda depan, badan kereta…