Ferrari 812 Competizione - model one-off, 'kanvas berconteng' untuk dilelong

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, Ferrari 812 Competizione telah diperlihatkan secara rasmi pada Mei 2021 sebagai sebuah model 812 Superfast yang lebih fokus untuk pemanduan di dalam litar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Sukar untuk anda mendapatkan model asal Competizione (termasuklah model convertible Competizione A) pada masa kini, kerana kedua-dua versi telah pun habis terjual.
 

812


Jika masih lagi berminat dan mahu menyumbang kepada umat manusia, anda boleh mendapatkan sebuah Ferrari 812 Competizione versi binaan sekali yang akan dilelong oleh Ferrari kelak. 

Ferrari 812 Competizione berwarna kuning ini sebenarnya diinspirasikan daripada kertas kosong, di mana segala info penyelidikan dan pembangunan di Ferrari Styling Centre untuk model baharu (idea, pandangan, nota sisi) akan dilakar pada kadbod kuning sebelum direalisasikan.
 

812


Segala contengan yang wujud pada badan 812 Competizione ini merupakan hasil lakaran oleh ketua pereka Ferrari, Flavio Manzoni.

Pendekatan yang sama turut dibawakan pada ruang kabin, di mana anda boleh melihat 'contengan' pada bahagian tempat duduk dan papan pemuka.
 

812


Tiada sebarang naik taraf mekanikal terhadap jentera ini, bermakna ia masih lagi mengekalkan nadi bentangan V12 6.5 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 819 hp dan 695 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Model binaan sekali ini akan dilelong pada acara Ferrari Gala di New York City, di mana hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ferrari USA (@ferrariusa)

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…
Berita Global
Ini merupakan nama rasmi kepada model baharu 812 yang masih lagi menampilkan enjin bentangan V12…