Ferrari 499P Modificata, unit terhad, diubah suai daripada jentera lumba 499 Le Mans!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferrari 499P Modificata
Ferrari 499P Modificata
Khusus untuk kegunaan litar Ferrari menawarkan 499P Modificata, versi ubah suai kereta lumba 499P yang memenangi 24 Jam Le Mans pada Jun lalu.

Projek ini satu yang istimewa dan lari daripada kebiasaan kerana dibangunkan dari kereta lumba dan bukan kereta produksi.

499P juga dibuat tanpa mengikut had peraturan teknikal perlumbaan yang bermakna Ferrari bebas untuk mengubahsuainya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Ferrari 499P Modificata

 

Di antara pengubahsuaian pada 499P Modificata ialah gandar depan elektrik yang boleh diaktifkan pada kelajuan rendah dan pemandu dapat memanfaatkan pacuan empat roda.

Kereta lumba 499P hanya boleh diaktifkan pada kelajuan 190 kilometer sejam (km/j) ke atas.

Pemandu juga boleh menggunakan fungsi Push to Pass yang memberikan tambahan kuasa 120 kilowatt (kW) dalam masa tujuh saat. 

Turut diubah suai pemetaan enjin, kawalan elektronik dan tetapan suspensi.

 

Ferrari 499P Modificata

 

Pirelli membangunkan khas tayar dengan ciri yang lebih sesuai untuk pemandu bukan profesional dengan saiz 310/710-18 (depan) dan 340/710-18 (belakang).

Kokpit kekal sama dengan satu tempat duduk dan ergonomik yang membolehkan pemilik merasai pengalaman sama seperti pelumba 499P.

Pakej hibrid 499P Modificata menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) 3.0 liter V6 dengan motor elektrik pada gandar depan.

Motor itu berkuasa 200 kW (268 hp) dan dilengkapi pembeza (differential) dan Sistem Pemulihan Tenaga (ERS).

 

Ferrari 499P Modificata

 

Gabungan ICE dan elektrik menghasilkan 858 kuasa kuda (hp) dengan fungsi Push to Pass atau 697 hp pada keadaan asal.

Kuasa dibahagikan melalui kotak gear berjujukan tujuh kelajuan. 

Enjin 499P Modificata diubah suai daripada 296 GT3 dan lebih ringan dan turut berfungsi sebagai komponen struktur berbanding dipasang pada sub casis seperti kereta lumba GT.

Pek bateri 800 volt dibangun menggunakan pengalaman Ferrari di dalam Formula 1. 

 

Ferrari 499P Modificata

 

Casis monokok dibuat daripada gentian karbon dan dipasang suspensi jenis rod tunggal (push-rod). 

Brek kereta menggunakan sistem by-wire yang membolehkan gandar elektrik depan menghasilkan tenaga semasa pembrekan.

Pakej mekanikal (penyerap hentak dan pegas gegelung, bar anti oleng) direka khas bagi memastikan karakter kereta yang boleh dijangka pada semua keadaan.

Logik kawalan cengkaman spesifik dibangunkan untuk pengurusan daya kilas pada had cengkaman dan Ferrari turut memperkenalkan logik bantuan penghidupan (start-assist) khas.

 

Ferrari 499P Modificata

 

Dari segi reka bentuk, 499 Modificata ibarat 499P yang dibawa ke hari litar namun boleh dipandu orang awam yang terpilih.

Tanpa mengikut peraturan perlumbaan di mana pemandu boleh membelasah jentera ini? Ferrari Sport Prototipi Client yang dijalankan bersama program F1 Clienti.

Pemilik boleh memandu di litar antarabangsa dengan Ferrari menguruskan logistik, bantuan di litar dan penyelenggaraan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ferrari 499P Modificata