Ferrari 458 untuk dijual - itu pun jika anda mahu...

oleh Mohamad Hanif|
Ketika hayatnya masih lagi wujud, Ferrari 458 merupakan sebuah supercar yang hadir dengan nadi bentangan V8 4.5 liter menghasilkan 570 PS dan 540 Nm, enjin tengah dan transmisi Getrag tujuh nisbah kelajuan klac berkembar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga merupakan salah satu kereta Ferrari yang memiliki rekaan yang agak menarik untuk sebuah Ferrari yang moden, dengan prestasi pecutan sepantas 3.4 saat dari pegun ke 100 km/j.

Namun, salah sebuah daripada model yang dimaksudkan menemui nasib yang tidak begitu baik - terbakar sehingga tiada apa yang tinggal untuk ditatapi oleh pemilik baharunya.

Itupun jika ada yang sanggup membeli bangkai kereta Ferrari 458 seperti mana yang diiklankan oleh Copart - dan kami tidak berniat untuk mengenakan anda, akan tetapi Ferrari yang dimaksudkan ini sememangnya untuk dijual!

Lihatlah kepada struktur yang cair akibat kebakaran, dan sudah hampir mustahil untuk bergerak memandangkan keempat-empat roda juga sudah tidak kelihatan akibat kebakaran. 

Malah, nak dileraikan sebagai alat ganti juga mungkin akan dianggap sebagai gila oleh orang yang kurang siuman. 

Akan tetapi, jika anda sanggup, boleh sahaja mencuba nasib untuk membeli sebuah 'Ferrari 458' dan mengabadikannya di dalam senarai kenderaan yang sudah anda miliki - walaupun anda tidak pernah berpeluang untuk memandunya...

Sumber: Copart

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen daripada NHTSA, Ferrari telah mengenalpasti kebocoran pada sistem brek pada model…