Ferrari 458 Spider terbakar sejam selepas dibeli

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang penerbit lagu Jepun, Honkon yang berusia 33 tahun terkedu selepas Ferrari 458 Spider yang baharu sahaja dibeli beliau sejam yang lalu terbakar hangus di Tokyo.

Honkon berkata beliau mengumpul wang selama 10 tahun untuk membeli Ferrari putih yang berharga RM1.3 juta itu. Beliau yang sedang memandu kereta itu pulang terperasan akan asap yang keluar dari kereta beliau.

Honkon berhenti dan Ferrari itu terus terbakar. Selepas 20 minit, bomba hadir untuk memadamkan api tetapi Ferrari tersebut sudah hangus musnah.

Kereta supercar memang mempunyai risiko kebakaran yang tinggi sedikit dari kenderaan normal. Antara puncanya ialah enjin prestasi tinggi dengan kapasiti yang besar akan menghasilkan haba yang banyak.

 

Kereta Ferrari Honkon yang sedang terbakar.

 

Demi prestasi, kereta supercar tidak mempunyai ruang udara yang banyak dan kedudukan enjin di belakang juga mengurangkan sumber kemasukan udara sejuk.

Penebat haba yang mahal tetapi nipis digunakan, tetapi sekiranya berlaku sebarang isu, tidak ada banyak ruang untuk haba keluar dan ia akan menyebabkan kebakaran pada bahan-bahan.

Selain dari itu, sistem elektronik supercar juga ada yang kompleks dan kerana kebanyakan supercar dibuat secara manual, kebarangkalian untuk berlakunya kesilapan teknikal juga lebih tinggi.

 

Honkon disamping kereta yang baharu sahaja dibelinya (gambar sebelum kejadian).

 

Ini ialah antara risiko-risiko supercar. Jika anda mahukan sesuatu yang lasak, kami cadangkan Perodua Bezza atau Proton Saga.

*Laporan dan gambar dari The Sun UK

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabit…
Berita Global
Pakej tersebut memfokuskan kepada peningkatan dinamik pemanduan, menjadikan Purosangue lebih sporty…
Berita Global
Lebih menarik, perubahan itu bukan sahaja terhad kepada model baharu, malah pemilik sedia ada turut…