Ferrari 360 bekas David Beckham untuk dijual, lebih RM570 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferrari 360 Spider yang pernah dimiliki David Beckham
Ferrari 360 Spider yang pernah dimiliki David Beckham
Kereta yang lebih 'rare' daripada 'rare' adalah milik individu terkenal. Kereta sebegitu mempunyai nilai tersendiri di mata peminat tambahan pula sejarah bukan boleh disalin.

Kepada peminat bintang bola sepak terkenal David Beckham, sebuah Ferrari 360 Spider yang pernah dimiliki beliau kini disenaraikan di dalam web jual beli kenderaan PistonHeads UK.

Jika anda membeli kereta ini, anda mendapat dua perkara sekaligus, 360 Spider yang cantik dan sejarah pemilikannya.

Seperti yang dinyatakan di atas, mana nak cari 'bare' dengan sejarah begini?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Ferrari 360 Spider yang pernah dimiliki David Beckham

 

Disebabkan sejarah pemilikan dan keadaan kereta yang baik, Spider 360 tersebut disenaraikan pada harga 110,000 pound (RM577,226.30).

Angka itu sebenarnya jauh lebih tinggi daripada harga purata 60,000 pound (RM314,614.46) Spider 360 di dalam laman web PistonHeads.

Spider 360 warna Nero (hitam klasik) dengan dalaman kulit Sabbia (kuning air) didaftarkan pada 31 Julai 2001.

Tahun-tahun selepas itu atau lebih tepat pada Julai 2003 David Beckham berpindah ke Real Madrid dan berada di dalam kelompok Galácticos.

Skuad Galácticos terdiri daripada pemain terkenal dan mahal di antaranya Zinedine Zidane, Ronaldo dan Roberto Carlos.

Beckham kerap dirakamkan bersama 360 Spider tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran D7 DVB. 

Sekadar tafsiran memandai-mandai, tujuh merujuk kepada nombor jersi beliau bersama Manchester United dan England manakala DVB bermaksud David Beckham.

360 Spider dengan nombor casis 125058 kemudiannya didaftar menggunakan nombor baharu Y795 AOO dan sejak 2001 hanya dipandu sejauh 12,713 kilometer.

Di antara spesifikasi ialah transmisi dengan pedal tukaran gear F1, rim aloi tempa BBS Challenge dan kerusi gentian karbon.

Turut dilengkapi cermin privasi, gril belakang Challenge Ferrari dan sistem ekzos sport dari Tubi.

Sekian kuliah 'know item' pada hari ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin