Ferrari 296 GTB menang anugerah Car Design 2022 kategori kereta produksi

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kereta Ferrari yang paling cantik pernah dihasilkan, Ferrari 296 GTB baru-baru ini merangkul anugerah Car Design Award 2022 di dalam kategori kereta produksi oleh majalan Itali Auto & Design.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara penyampaian anugerah itu mengambil tempat di ADI Design Musem sebagai sebahagian daripada Milan Design Week pada minggu lalu.

Anugerah Car Design Award itu diwujudkan sebagai satu penghargaan kepada mana-mana projek yang memberikan sumbangan besar terhadap evolusi reka bentuk kereta.
 

296


Ferrari 296 GTB dipilih sebagai pemenang disebabkan oleh reka bentuknya yang cantik dan organik, dan dalam masa yang sama masih lagi mampu mematuhi segala regulasi dan menawarkan prestasi dan teknologi bertaraf tinggi.

Ferrari 296 GTB didatangkan dengan enjin V6 turbo berkembar bersesaran 2,992 cc  yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 654 hp, dan dibantu dengan motor elektrik pada gandar belakang (164 hp) yang membolehkan Ferrari 296 GTB ini menghamburkan kuasa setinggi 818 hp dan 740 Nm.

 


Baca: Ferrari 296 GTB

Baca: Ferrari 296 GTB di Malaysia