Yonseul Paint Dengan Efek Iridescent
Yonseul paint menampilkan karakter iridescent yang boleh bertukar tona daripada hijau kepada violet, disertakan highlight biru yang menyerlah pada permukaan badan. Ferrari menyatakan inspirasi warna ini diambil daripada seramik celadon dan tenaga visual Seoul, lalu diterjemahkan menjadi kemasan yang nampak “hidup” bila dilihat dalam pencahayaan berbeza.

Translucent Finish Tambah Kedalaman Warna
Untuk menguatkan karakter visual tersebut, kemasan translucent turut digunakan pada beberapa bahagian badan kereta. Hasilnya, lapisan warna kelihatan lebih dalam dan kompleks, sekaligus memberi rasa eksklusif yang lebih ketara berbanding cat standard.
Motif Bespoke Sampai Ke Kabin
Identiti binaan ini bukan terhenti pada luaran. Ferrari turut membangunkan corak khas yang menjadi “signature” untuk kereta ini, digunakan pada elemen dalaman utama termasuk tempat duduk, lantai, terowong tengah dan beberapa panel kabin. Pendekatan ini memastikan tema Yonseul kekal konsisten dari luar hingga ke ruang dalaman.


Panel Kaca Bumbung Dengan Corak Screen Printed
Satu perincian paling unik ialah penggunaan motif pada panel kaca bumbung melalui proses screen printed. Ia direka untuk mencipta bayang dan unjuran tertentu di dalam kabin, dan Ferrari menyifatkan pendekatan ini sebagai satu yang pertama bagi mereka kerana ia bukan sekadar hiasan, tetapi sebahagian daripada pengalaman visual dalaman.
Sumber: Ferrari Official Facebook, Scuderia Ferrari HP