Fernando Alonso selesai uji jentera Hilux Dakar Rally!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing, satu divisyen sukan permotoran yang kini sedang menceburi setiap aspek dan segmen perlumbaan di dalam dunia, dari perlumbaan berprestij seperti World Endurance Championship, perlumbaan jalanan sehinggalah kepada World Rally Championship.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, tidak dilupakan perlumbaan paling mencabar di dunia, Dakar Rally menerusi pemanduan di dalam sebuah Toyota Hilux!

Ya, anda tidak tersalah baca, dan kami juga tidak salah menaip. 

Terbaharu, bekas juara perlumbaan Formula One Fernando Alonso dikatakan sudah pun selesai menguji jentera Toyota Hilux yang akan bertanding secara rasmi di Dakar Rally di Lichtenburg 400. 
 


Dalam fasa ujian selama dua hari itu (13-14 September), Fernando Alonso memandu sejauh kira-kira 700 km merentasi laluan berpasir, batuan keras, tanah lembut serta kawasan berbukit yang di'reka' oleh pakar rali Overdrive Racing. 

Menurut ketua pasukan Glyn Hall berkata, "ini merupakan kali pertama Fernando menguji sebuah Hilux di dalam kondisi pemanduan yang sangat berbeza berbanding di Namibia dua minggu yang lalu. 

"Menerusi program latihan intensif ini, kami lebih memfokuskan kepada pemanduan yang berkualiti untuk setiap kilometer, selain membiarkan Fernando membiasakan diri dengan jentera Hilux dan kondisi jalan. 
 


Sementara itu, Fernando Alonso memberikan komen yang positif berkenaan fasa ujian yang dilaluinya itu. 

"Berdasarkan pemanduan beberapa hari di sini, ia sememangnya satu perkara yang positif di mana saya dapat berekperimentasi dengan pelbagai keadaan dan kondisi jalan. 

"Saya juga berasa amat gembira dapat memaksa keupayaan kami melebihi pelan perancangan yang ditetapkan oleh pasukan," tambah beliau. 

Fernando Alonso juga mengesahkan akan bertanding di Kejuaraan Rali Dakar untuk tahun hadapan bersama-sama pasukan Toyota Gazoo Racing's Dakar Rally, dan dalam masa lima bulan akan datang ini beliau akan terus berlatih di Eropah, Afrika, dan Timur Tengah. 
 


Kejuaraan Rali Dakar akan dianjurkan di Arab Saudi pada tahun hadapan setelah beberapa tahun kejuaraan tersebut mengambil tempat di Amerika Latin. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Aston Martin mengesahkan berita tersebut dengan menjelaskan pelumba Alpine itu telah menandatangani…
Berita Global
  Terletak di Asturias, utara Sepanyol, Muzium Fernando Alonso itu sedang dalam proses membesarkan…
Sukan Bermotor
Pelumba berusia 39 tahun itu meninggalkan sukan Formula One pada hujung tahun 2018 selepas…