Fernando Alonso puji prestasi GR Yaris - 'sporty, boleh dipandu hari-hari!'

oleh Mohamad Hanif|
Hot hatch terbaharu yang lahir dari dunia rali, Toyota GR Yaris ternyata mencuri tumpuan umum semenjak kemunculan rasminya di persada dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tiada apa yang lebih menarik perhatian selain melihat bagaimana bekas pemandu F1 Fernando Alonso menguji sendiri prestasi roket poket tersebut di dalam litar lumba.

Selepas menguji sendiri, ternyata Fernando Alonso kagum dengan pemanduan dan keseimbangan kuasa yang dihamburkan oleh GR Yaris itu.

"Kereta ini mempunyai kombinasi yang sangat baik dari aspek prestasi dan pemanduan yang sporty, anda boleh memandu GR Yaris ini setiap hari melebihi jangkaan.
 


"Dengan jentera ini, anda akan tahu ia akan menjadi lebih baik berbanding jangkaan awal pada setiap pertukaran gear, serta setiap titik brek pada setiap selekoh.

Toyota GR Yaris merupakan sebuah hot hatch yang didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris berkuasa turbo dengan kapasiti 1.6 liter yang mampu menghamburkan 257 hp dan 360 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan, dan dipadankan dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal (agihan tork 60 hadapan:40 belakang), Sport (30:70) dan Track (50:50).

Toyota mendakwa GR Yaris mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa kurang 5.5 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 230 km/j. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…