Fernando Alonso puji kuasa, pengendalian trak pikap Hilux baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Apa kaitan trak pikap Hilux (Hailak nama manjanya) dengan pemandu F1 Fernando Alonso?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda ketinggalan bas, tidak mengapa kerana Fernando Alonso sebenarnya merupakan pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing untuk perlumbaan Rali Dakar, di mana beliau turut memandu sebuah jentera Hilux!

Dalam mempersiapkan diri untuk perlumbaan akan datang, pemandu yang juga juara dua kali Formula 1 itu tidak ketinggalan untuk turun padang menguji sendiri trak pikap Hilux yang bakal menerima model kemaskini tidak lama lagi.

Merujuk kepada video ringkas yang diterbitkan oleh Toyota, trak pikap kegemaran ramai itu bakal didatangkan dengan nadi diesel serba baharu berkapasiti 2.8 liter serta geometri suspensi yang telah ditala semula bagi mengekalkan reputasinya sebagai trak pikap tahan lasak, dan mudah dipercayai.

 


Jika dilihat kepada spesifikasi semasa, Hilux dengan enjin diesel 2.8 liter itu mampu menghasilkan 177 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas dan angka output tersebut nampaknya bakal meningkat dengan pengenalan enjin 2.8 liter versi baharu itu.

Berdasarkan gambar yang terbocor ke laman sosial bulan lalu, Toyota Hilux facelift ini dikatakan bakal membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada Toyota Tacoma.

Antara perubahan lain termasuklah penawaran lampu halogen atau LED, lampu belakang LED, warna baharu serta set rim bersaiz 17 dan 18 inci.

Fernando Alonso turut memuji tetapan suspensi baharu serta kuasa yang ditawarkan oleh enjin baharu, dimana ia masih menawarkan rasa selesa walaupun trak pikap tersebut dikerah.

Perincian berkenaan trak pikap Hilux ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…