Fernando Alonso pandu Toyota 'Hailak' TGR dalam Rali Dakar 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
TOYOTA GAZOO Racing pada 25 Oktober mengumumkan barisan pelumba Rali Dakar 2020 yang pertama kali dianjurkan di Arab Saudi dan dijadualkan pada Januari depan.

Pasukan rasmi itu diwakili empat pasangan handalan iaitu Nasser Al-Attiyah dan pemandu arah Mathieu Baumel, Giniel de Villiers dan pemandu arah Alex Haro, Bernhard Ten Brinke dan pemandu arah Tom Colsoul. dan Fernando Alonso dan pemandu arah Marc Coma.

Pasukan ini telah bersaing di dalam Rali Dakar sejak 2012 di bawah nama TOYOTA GAZOO Racing Afrika Selatan dan melakar banyak kejayaan dengan menduduki tempat ketiga (2012), kedua (2013), keempat (2014), kedua (2015), ketiga (2016), kelima (2017) dan kedua (2018).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
TOYOTA GAZOO Racing Rali Dakar 2020

 

Usaha bertahun-tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Nasser Al-Attiyah dan pemandu arah Mathieu Baumel berjaya menjulang trofi juara keseluruhan pada edisi 2019 yang berlangsung awal tahun ini.

Untuk perlumbaan akan datang, TOYOTA GAZOO Racing membariskan pasangan handalan dan muka baharu dengan latar belakang berikut:

Nasser dan Mathieu: Penyandang Rali Dakar 2019. Pernah beberapa kali menduduki podium di dalam Piala Dunia FIA Rali Cross Country dan Ralik Dakar.

Giniel de Villiers: Juara Rali Dakar 2009 dan empat kali juara Rali Maghribi. 

Bernhard Ten Brinke: Juara Rali Maghribi dan bergandingan dengan pemandu arah Tom Colsoul yang mempunyai pengalaman luas dan beberapa kejayaan di dalam kategori trak.

 

Marc Coma and Fernando Alonso

 

Fernando Alonso: Juara dua kali perlumbaan Le Mans 24 Jam, penyandang FIA World Endurance Championship bersama TOYOTA GAZOO Racing, dua kali juara dunia Formula 1, Juara 24 Hours of Daytona.

Marc Coma: Pemandu arah Fernando Alonso. Juara enam kali FIM Cross Country World Championship dan lima kejuaraan Rali Dakar dalam kategori motosikal.

Fernando dan Marc memulakan latihan mereka pada Ogos lalu di beberapa lokasi mencabar seperti Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Keempat-empat pasangan akan menggunakan Toyota Hilux yang dibangunkan di Afrika Selatan. 'Hailak' itu dikuasakan enjin 5,000 cc V8 aspirasi normal dengan pacuan kesemua roda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Hilux GAZOO Racing.01

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…