"Feri berkenaan membawa 79 individu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Redang menuju ke Jeti TTI sebelum terbakar ketika berada berhampiran Pulau Bidong.
"Bertindak atas laporan, dua aset milik APMM telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke Jeti TTI.
Katanya kebakaran telah merebak ke seluruh bahagian feri dan dianggarkan musnah seratus peratus manakala punca insiden masih disiasat.
Video insiden itu yang tular di media sosial memaparkan sebuah feri terbakar di Pulau Bidong dan sesetengah warga net mendakwa kepulan asap boleh dilihat dengan jelas beberapa kilometer dari lokasi.