Feri pusat kuarantin Covid-19 di Indonesia guna dron - pesakit dibenarkan memancing!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah feri pembawa penumpang kini ditukarkan menjadi pusat kuarantin untuk pesakit-pesakit Covid-19 di pelabuhan Makassar.

Feri KM Umsini yang digunakan untuk membawa 2,000 penumpang dari bandar-bandar di Indonesia telah ditukar menjadi pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala kurang serius semasa serangan pandemik varian Delta yang sedang melanda negara republik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dilengkapi dengan 800 katil dan 60 pegawai kesihatan yang merawat pesakit-pesakit melalui kuarantin selama 10 hari.

 

 

Pesakit-pesakit dibenarkan beriadah dalam aktiviti-aktiviti muzik dan juga memancing yang disediakan di atas feri tersebut. Selain dari itu, bekalan ubat-ubatan dihantar dari dermaga ke feri tersebut menggunakan dron untuk mengurangkan kontak rapat.

Dron itu mampu mengangkat beban seberat antara 700 gram ke 1 kilogram dan operatornya ialah Makassar Medic Drone. 

Ramai yang memilih pusat kuarantin ini kerana ia lain dari yang lain dan juga lokasinya yang jauh dari penempatan lain seperti bandar dan kampung. 

Mungkin ini satu idea yang boleh digunakan di Malaysia?

* Laporan asal dari Indian News Republic

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…