Feri Pulau Pinang - satu feri beroperasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan Rapid Ferry yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar tergendala selama tiga hari bermula dari semalam.

Dua feri terakhir yang beroperasi telah mengalami kerosakan enjin yang serius dan sedang diselenggara.

Menurut kenyataan Rapid Ferry di Facebook mereka, feri Pulau Angsa dan Pulau Undan dikenalpasti mengalami masalah teknikal pada enjin mereka pada jam 1.30 pagi semalam ketika rutin penyelenggaraan dilakukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Notis perkhidmatan tergendala diumumkan semalam juga pada jam 6.00 pagi dan pihak Rapid Ferry menyediakan sepuluh buah bas percuma yang akan membawa penumpang dari Penang Sentral ke Terminal Weld Quay. 

Bas-bas tersebut akan berlepas setiap sepuluh ke dua puluh minit.

Feri Pulau Angsa sudah berjaya dibaik pulih pagi ini dan penumpang sudah boleh menaiki feri tersebut. Lima bas akan tetap disediakan untuk melancarkan perjalanan di waktu puncak.

Feri Pulau Undan pula memerlukan alat ganti khusus dan dijangka akan hanya pulih pada hari Khamis ini.

 


 

 

Dua buah feri lain, iaitu Pulau Talang dan Pulau Kapas telah diberhentikan perkhidmatan untuk sementara waktu kerana memerlukan operasi penyelenggaraan dan baik pulih yang serius.

Alat ganti perlu diimport masuk dari Sweden dan Ireland dan akan mengambil masa lebih dari enam minggu.

Perkhidmatan Rapid Ferry mempunyai empat buah feri untuk operasi mereka dan ada feri-feri mereka sudah berusia lebih dari 40 tahun.

Feri Pulau Talang dan Pulau Undan dibina dalam tahun 1975, Pulau Undan pula dalam tahun 1975.

Feri Pulau Angsa dan Pulau Kapas pula dibina dalam tahun 1981.

Perkhidmatan feri ke Pulau Pinang sudah dimulakan sejak tahun 1894 dan ia adalah salah satu daya tarikan pelancong tempatan serta luar negeri.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…