Feri penumpang Kuala Kedah ke Langkawi beroperasi semula hari ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perkhidmatan feri penumpang ke Langkawi yang ditangguh perkhidmatannya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar pada 19 Mei lalu, akan beroperasi semula hari ini.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, ia membabitkan laluan dua hala iaitu dari Terminal Feri Penumpang Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan penumpang yang berulang-alik dari tanah besar ke Langkawi untuk bertugas.

 

"Atas rasa tanggungjawab sosial korporat (CSR), konsortium membuka semula operasi dengan dua jadual perjalanan iaitu jam 12 tengah hari dari Langkawi ke Kuala Kedah, sementara perjalanan dari Kuala Kedah Ke Langkawi pula pada jam 2.30 petang," katanya pada kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Baharin berkata, sebarang perubahan jadual perjalanan bergantung kepada pasang surut air.

 

"Konsortium sedar, membuka semula perkhidmatan feri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa di seluruh negara akan memberi kesan negatif kepada kewangan syarikat, malah mendedahkan pulau lagenda itu kepada penyebaran Covid-19.

 

"Namun, kami akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dipatuhi penumpang dan pengurusan, kapasiti penumpang juga dikurangkan kepada 50 peratus.

 

"Konsortium mohon kerjasama semua agensi untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua penumpang ketika berada di terminal pelepasan mahupun ketibaan," katanya.

 

Sebelum ini, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah ditutup dan tiada perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh PKPD di Kota Setar daripada 19 Mei hingga diumumkan tamat 15 Jun lalu.

 

Penutupan terminal itu selaras dengan larangan semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke kawasan PKPD.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Berita Domestik
  Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah…
Informasi
  "Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri (bot penumpang laju…