Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis Henti Operasi Sementara

oleh Hamimah Hamid|
OPERASI feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Perlis akan diberhentikan sementara mulai 10 hingga 13 Februari ini.

Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd melalui notis yang dikeluarkan memaklumkan tindakan itu diambil susulan paras air laut surut ke tahap rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, perjalanan feri terbabit akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari.

“Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket feri, penumpang boleh emelkan ke [email protected],” menurut kenyataan terbabit.

notis penangguhan sementara