Feri baharu Pulau Pinang dijangka siap Jun 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Mengikut sejarah, perkhidmatan feri Pulau Pinang telah mula beroperasi sejak 128 tahun dahulu dan merupakan perkhidmatan feri tertua di negara ini dan juga perkhidmatan feri lintas selat pertama antara Pulau Pinang dan tanah besar bermula pada tahun 1894.


Tetapi bermula 1 Januari 2021, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ini telah digantikan dengan penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang pejalan kaki manakala bagi pengguna motosikal dan basikal pula digantikan dengan feri roro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi laporan dari Sinar Harian, Datuk Tan Teik Cheng, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah memaklumkan bahawa feri Pulau Pinang yang baharu sedang rancak dibangunkan di dua tapak limbungan di Vietnam dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2023.

 

"Komponen-komponen feri serta bentuk feri Pulau Pinang yang baharu telah mula kelihatan. Kemajuan pembinaan feri adalah 40 peratus dan dijadualkan siap pada Jun 2023," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.


Pada 3 Oktober lalu, Teik Cheng bersama delegasi dan wakil Kementerian Pengangkutan serta Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah mengadakan lawatan tapak pembinaan feri Pulau Pinang yang baharu di Vietnam.


Objektif lawatan berkenaan bagi meninjau kemajuan projek pembinaan feri tersebut serta mengadakan perbincangan bersama pihak pembekal dan PPSB berkaitan pembinaan serta jadual penghantaran feri ke Pulau Pinang.


Sementara itu, Teik Cheng berkata, pelancaran kapal untuk pengujian air dijadualkan pada Mei 2023 dan akan dihantar ke perairan Pulau Pinang pada penghujung Jun 2023.


Beliau berkata, SPPP akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa mengenai perkembangan feri baharu Pulau Pinang.


"Maklumat lanjut berhubung konsep feri dan sebagainya pula akan dimaklumkan oleh PPSB kelak.


"SPPP percaya pengenalan feri Pulau Pinang yang baharu kelak akan memberi nafas baharu kepada konsep reka bentuk feri serta berupaya memberikan perkhidmatan feri yang lebih baik kepada pengguna," katanya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu adalah pertama kali secara 24 jam dilaksanakan…