FCA didenda $40 juta kerana menipu angka jualan

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang membuktikan prestasi sebenar sesebuah syarikat pengeluar adalah menerusi data jumlah penjualan secara keseluruhannya.

Dengan cara penipuan data penjualan, ia menyebabkan sukar untuk para pemerhati industri untuk meneka prestasi sebenar sesebuah syarikat, sebagaimana yang dilakukan oleh Fiat Chrysler Automobiles.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut satu laporan daripada CarScoops, FCA telah didenda sebanyak $40 juta (RM168 juta) oleh Securities and Exchange Commission Amerika Syarikat kerana melaporkan angka jualan yang tidak tepat. 

Kes penipuan tersebut berlaku antara tahun 2012 sehingga 2016 dan FCA Amerika Syarikat telah menerbitkan laporan media dengan angka jualan kenderaan baharu, malah melaporkan pertumbuhan angka jualan tahunan. 

Hakikatnya, kadar pertumbuhan yang dimaksudkan adalah berlaku sebaliknya apabila kadar pertumbuhan merosot pada September 2013. 

Hasil siasatan SEC mendapati, FCA telah melanggar peruntukan anti-penipuan Akta Sekuriti 1933 dan Akta Bursa Sekuriti 1934, serta akta yang melibatkan penyimpanan dan laporan rekod. 


 


Untuk menyelesaikan isu ini, FCA dan FCA Amerika Syarikat membuat keputusan untuk membayar $40 juta tanpa mengaku atau menafikan kesalahan yang dituduhkan. 

Dalam satu kenyataan, FCA memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan, selain menambah mereka "telah meneliti dan menambah baik polisi dan prosedur, dan komited untuk mengekalkan kawalan yang ketat terhadap laporan penjualan."

Menurut wakil SEC, Antonia Chion berkata, "kes (FCA) ini merupakan contoh pentingnya keperluan syarikat untuk mendedahkan secara jujur prestasi utama mereka kepada umum."

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…
Berita Global
  Wagoneer merupakan kenderaan pacuan empat roda pertama yang dipadan dengan transmisi automatik…
Berita Global
Kontrak yang disahkan oleh United Auto Workers pada tahun lalu bersama FCA itu memerlukan pengeluar…