Fast X dedah trailer terbaharu, fokus pada kehidupan Dom & Letty

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja francais filem Fast & Furious akan membuat tayangan perdana bagi filem terbaharu Fast X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah trailer filem terbaharu telah dimuat naik menerusi saluran YouTube The Fast Saga, di mana ia membawakan pendekatan yang memfokuskan kepada kehidupan keluarga watak utama Dominic Toretto dan Letty Ortiz, berbeza daripada pendekatan 'melawan hukum fizik' yang terdahulu.

 


Video berdurasi dua minit itu turut membawakan babak imbas kembali kehidupan mereka sebelum Letty 'disahkan' mati dan hidup semula, dan menampilkan watak anak Dom hasil daripada hubungannya bersama watak Elena yang juga telah mati pada filem yang lepas.

Filem Fast X merupakan sekuel kepada filem F9 yang telah ditayangkan pada tahun 2021, mengisahkan keluarga Fast yang kini perlu berdepan dengan watak antagonis terbaharu, Dante Reyes yang merupakan anak kepada tokan dadah Hernan Reyes (Fast Five 2011).

 


Berdasarkan dua trailer rasmi yang ditayangkan sebelum ini, Fast X bakal membawakan pelbagai aksi menarik seperti perlumbaan drag, aksi kereta melompat dari kapal terbang, kejar mengejar melibatkan sebuah bebola besi gergasi, serta babak kereta Dom yang ditambat pada dua buah helikopter.

Pening kepala bukan?

 


Filem Fast X bakal ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei ini, dan nantikan promosi terbaharu untuk semua para pembaca Careta.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…