Fast Bikes umum henti edar motosikal Triumph, jadi pengedar Honda Big Wing bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Pengimport dan pengedar eksklusif motosikal jenama Triumph di Malaysia, Fast Bikes Sdn Bhd mengumumkan secara rasmi akan menghentikan operasi mereka bermula 14 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, kesemua outlet Fast Bikes termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu akan turut sama menghentikan operasi mereka.

Dalam satu siaran media yang dihantar, Fast Bikes Sdn Bhd bakal berubah menjadi salah sebuah pengedar Honda Big Wing.
 

triumph


Ibu pejabat yang merangkap sebagai kedai premium Triumph Motorcycles di Seksyen 13 Petaling Jaya itu juga akan mula diubahsuai sebelum memulakan operasi sebagai pengedar Honda Big Wing baharu menjelang suku pertama tahun 2023.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2010, Fast Bikes telah menjadikan jenama Triumph sebagai jenama kedua terbesar di dalam kategori motosikal premium atas 500 cc.

Jualan motosikal Triumph di Malaysia juga telah meningkat dua kali ganda antara tahun 2019 hingga 2022 dengan jumlah tempahan yang memberangsangkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dijual dengan harga RM77,900 (tambahan RM1,000 untuk warna premium), mereka yang menempah motosikal…