Fasiliti produksi Polestar 1 di Chengdu - canggih!

oleh Mohamad Hanif|
Polestar baru-baru ini telah membuka fasiliti pemasangan kenderaan baharu yang terletak di Chengdu, China, di mana ia akan digunakan bagi memulakan fasa produksi model Polestar 1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat Produksi Polestar ini direka oleh syarikat arkitek Snøhetta, bertujuan untuk menjadi salah satu fasiliti yang mesra alam di China.

Ia bukan sahaja kilang penghasilan kereta, malah Pusat Produksi Polestar ini juga turut menampilkan pusat pengalaman pelanggan yang cukup besar, dewan Atrium serta litar ujian bagi model-model Polestar.
 


Menurut pengasas bersama Snøhetta, Kjetil Trædal Thorsen berkata, "projek mereka bentuk fasiliti produksi pertama Polestar sangat mencabar namun hasil akhirnya cukup memberikan kepuasan kepada kami.

"Reka bentuk yang inovatif yang selari dengan hala tuju dan juga keperluan teknikal produksi telah menetapkan satu standard baharu kepada fasiliti pemasangan yang inklusif.
 


Menerusi fasiliti baharu ini, Polestar akan memasang kira-kira 500 unit model 1 setiap tahun selama tiga tahun, namun menariknya model Polestar 2 tidak akan dipasang di fasiliti yang sama. 

Sebaliknya, Polestar 2 akan dipasang di lokasi yang berbeza (Luqiao) bermula tahun 2020. 
 


Thomas Ingenlath, CEO Polestar berkata, "di Chengdu, kami bukan sahaja menghasilkan kereta hibrid-elektrik premium berprestasi tinggi, kami juga mahu mencipta persekitaran pembuatan yang memberikan inspirasi kepada semua.

"Ia memang satu tempat yang sememangnya mencerminkan jenama Polestar itu sendiri," ujar beliau lagi.
 


Buat mereka yang mungkin terlupa, Polestar 1 merupakan sebuah kereta berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter dengan induksi paksaan turbo dan pengecas lampau dibantu dengan dua motor elektrik di gandar belakang. 

Atas kertas, kombinasi ini mampu menghasilkan 592 kuasa kuda dan 1,000 Nm (!) dengan kuasa pecutan sepantas 4 saat dari 0-100 km/j. 

Dalam mod elektrik semata-mata, Polestar 1 mampu bergerak sejauh 150 km tanpa penghasilan emisi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, Polestar telah mendedahkan sebuah model edisi terhad Polestar 1 yang dilayangkan…
Berita Global
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Polestar baru-baru ini mengumumkan slot terakhir produksi untuk…
Berita Global
Sudah semestinya kepakaran dan pengetahuan know-how daripada Volvo itu telah diwariskan kepada sub-…