Fasiliti pengecasan MINI kini tersedia di Sanctuary Mall, Teluk Panglima Garang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wheelcorp Premium telah memperkenalkan satu lagi fasiliti pengecasan EV jenama MINI yang terletak berdekatan Kota Kemuning.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Fasiliti pengecasan baharu itu terletak secara strategik di Sanctuary Mall, Eco Sanctuary, sebuah pusat beli-belah yang dibangunkan oleh Eco World Development Group Berhad.

Pembukaan fasiliti baharu itu telah dirasmikan oleh wakil-wakil dari MINI Malaysia, Wheelcorp Premium, Eco Sanctuary dan juga JomCharge.

Dikuasakan oleh JomCharge, fasiliti pengecasan baharu itu menampilkan dua lot parkir, seunit pengecas pantas DC 50kW bersama dua pendakap DC, serta seunit pengecas AC 22kW.

Fasiliti pengecasan itu kini sedia untuk digunakan oleh semua pemilik EV, terutama mereka di sekitar Bandar Rimbayu dan Kota Kemuning, dengan kadar pengecasan bernilai RM1.20 bagi setiap minit penggunaan.

Sehingga kini BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih 670 buah fasiliti pengecasan, dimana 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech.

Kerjasama bersama JomCharge juga membolehkan akses terhadap lebih 65 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti.

Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI turut disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, pengecas dari JomCharge, Gentari dan chargEV kini…
Berita Domestik
Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia…