Fasiliti pengecasan BMW i terbaharu di Pulau Pinang

oleh SALINA JALIL|
Tian Siang Premium Auto, wakil pengedar jenama BMW di Ipoh dan Butterworth bersama Gurney Paragon Mall telah menambah dua lagi Fasiliti Pengecasan BMW i di Gurney Paragon Mall pada hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Tan Ka Kin, Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto berkata, “Fasiliti-fasiliti pengecasan baharu di Gurney Paragon Mall merupakan lokasi pertama kami di Pulau Pinang serta kedua di negeri ini yang berkelengkapan penuh dan bersedia untuk terus memperkasakan mobiliti masa hadapan di Malaysia, ia melengkapi dua Fasiliti Pengecasan BMW i yang diperkenalkan di Iconic Hotel di Butterworth, Pulau Pinang pada Oktober tahun lalu.

 

Sementara kami terus menyebarluaskan aksesibiliti ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan, saya yakin bahawa penerimagunaan mobiliti elektro di rantau barat laut Malaysia akan terus meningkat pada tahun 2020.”

 

Fong Yin Sian, Pengarah Eksekutif Gurney Paragon Mall sementara itu berkata, “Servis terbaharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif hijau kami. Eksklusif untuk para pembeli-belah Gurney Paragon Mall, mereka kini boleh menikmati kemudahan pengecasan kenderaan dengan selesa ketika membeli-belah.”

 

Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i terbaharu di Gurney Paragon Mall menyumbang kepada penambahan bilangan keseluruhan yang berjumlah lebih daripada 20 fasiliti pengecasan di seluruh Malaysia oleh BMW Group Malaysia serta rakan-rakan pengedarnya, termasuk Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur; The Banjaran Hotsprings Retreat dan WEIL Hotel di Ipoh; Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka; serta CityONE Megamall Kuching. 

 

Portfolio Mobiliti Bervisi milik BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation.

 

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC turut memberikan akses langsung ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang, lebih daripada 270 fasiliti pengecasan kini ditawarkan di seluruh negara.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…