Fasiliti bawah tanah ini bina Land Cruiser khas untuk misi kemanusiaan PBB

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda rajin menonton siaran televisyen berkenaan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), anda pasti akan melihat kelibat kenderaan Toyota berwarna putih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tak kiralah ia sebuah Land Cruiser, Hilux, Prado ataupun Corolla, kesemua kenderaan berwarna putih ini sebenarnya datang dari sebuah pengedar Toyota yang terletak di Gibraltar.

Kenapa PBB tidak menempah terus kenderaan khas ini dari Jepun?
 

Toyota


Ini kerana di Jepun, Toyota hanya memasang kenderaan-kenderaan ini dengan spesifikasi asas sahaja, dan segala peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk tujuan misi kemanusiaan akan dipasang oleh Toyota Gibraltar Stockholdings.

Malah, fasiliti bawah tanah ini juga turut menyimpan stok segala alat ganti dan komponen yang diperlukan.

 


Ditubuhkan pada tahun 1996, pengedar Toyota ini telah membekalkan lebih 80,000 ribu kenderaan kepada lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Menurut video Top Gear, setiap bulan 650 buah kenderaan diubahsuai untuk kegunaan PBB dan beberapa agensi bukan kerajaan yang lain.

 


Antara modifikasi yang dilakuakn termasuklah memasang tayar all-terrain, tayar simpanan, pemegang jerry can, cangkuk tunda, bull bar, serta modifikasi khas untuk ambulans, kenderaan kecemasan dan lain-lain lagi.

Selain daripada model-model off-road, Toyota Gibraltar ini turut menyediakan kenderaan untuk kegunaan kawasan urban seperti RAV4, Hiace Commuter dan sedan Corolla.